Rabu, 4 November 2009

tunang cda


Ha...seminggu selepas raya adikku cda pulak bertunang,memang meriah dgn kehadiran sanak saudara memandangkan masih lagi dlm suasana hari raya..adikku dapat org melaka kami panggil dia yan..hehe nampaknyer kuarga kami makin bertambah selepas ni along aku pulak yg akan melangsungkan perkahwinan dia bulan satu thn depan..hmm gembiranya aku rasa nk menyambut bakal kak ipar dan mk ayah aku mesti gmbira yelah taklama lg makin ramailah cucu kesayangan diorang tu..tkderlah asyik main ngan anak2ku yg dh beso ni..heh heh..semoga cda kekal bersama tunang tersayang hingga ke jinjang pelamin...tu yg lagi tiga ketul tu bila lagi???dah kertu sumenyer tu wakakaka........

meriahnya raya bersama keluarga


hai ni gambar terbaru family aku masa hari raya baru2 ni...tahun ni aku beraya kat kt waha...sorang jer adik aku takder azra,sbb dia kejer masa tu yg takder dlm gambar ni juga suami aku hahaha sebab dia kena ambik gambar huhu....semoga ikatan kekeluargaan kami penuh dgn kebahagian dan menjadi keluarga yg besar suatu hari nanti....

Selasa, 25 Ogos 2009

Assalamualikum...

Salam ramadhan buat semua umat islam terutama buat family,rakan2 dan org2 tersayang,ermmm lama gak aku tk update blog ni,aku sibuk sikitlah akhir2 ni,tapi sekarang aku dah kembali..hehe haritu sebulan aku duk umah mak aku kt kota bukan aku merajuk tp aku amik lesen kt sana senang sikit anak2 aku ada org tlg tgkkan...pandai tak aku huhu..pastu 4 hari aku kt umah mk mertua aku di mersing..hari sabtu haritu baru aku balik muadzam...suami aku suh balik dulu bulan puasa ni,yerlah saper nak masakkan dia masa buka dan sahur klu aku kt kg.pas raya baru aku sambung balik buat lesen..takperlah.hmmm dah tua baru nk amik lesen aperlah akuni...masa keje dulu asyik tk sempat jer... oklah bulan puasa ni tk boleh nk membebel lamer2,penat hahaha
tatatititutu

Selasa, 14 Julai 2009

seronoknyer


Hai...beberaper hari ni aku mula belajar bawak kereta..hmm bukannyer susah tak tk mudah juga nk kawal kenderaan ni..tapi aku ada satu keyakinan yg kuat yg membolahkan aku bawa tanpa rasa takut lagi...Insyaallah klu aku rajin belajar dan berusaha mungkin sedikit masa lagi aku boleh bawak dgn betul...Abg banyak mengajar aku..aku gembira kerana dah boleh memegang stering walaupun mulanya aku rasa takut jugak..tapi bila dh bawak belajar parking,kawal minyak,gear aku rasa mula ada keberanian dlm diri.Yerlah aku mesti pandai,thn depan along dh mula sekolah,jd akulah yg bertanggungjawab utk hantar dan ambil along balik sekolah..klu tak hujan takper gak aku boleh bawak motor,cuba kena musim hujan..hmm mcmana,abg kejer jauh mmg tk boleh nk ambil..aku jugalah sbb tu aku kena pandai dan mahirkan tahun ni juga..mgkin pada aku aku ni dh lambat nk belajar..sdangkan kwn2 aku sumer dh ada lesen..tkperlah..sekurang-kurangnyer aku nk belajar,aku nk berdikara sendiri selagi aku boleh..Terima kasih buat suamiku yg tersayang kerana dh banyak mengajar aku..hehe sayang abang

Selasa, 7 Julai 2009

Ahad, 5 Julai 2009

Assalamualaikum


hai,masa ni kami kt air papan,mersing...balik kg suami aku,sambil2 tu kita org glah jalan2 kt air papan,sbb dekat jer ngan umah mak mertua aku..hehe

Selasa, 16 Jun 2009

haihaihai

hai,hari ni nk tgk orang depan umah aku tu semalam baru kuar hospital..sedih baru keguguran anak..yelah anak dgn suami yg baru plak tu..nk buat macamana ini semua kehendak yang maha esakan..redha dgn kehendaknyer...aku plak bilalah nk ngandung2 lagi ni susah plak nk lekat..mmglah rasa nak tambah lagi sbb anak2aku pun dah besar2..patutnyer aku dah ada lagi sorang hehe bukannyer aper nanti klu dah tua tk boleh branak lagi tgh muda camnilah aku nak mengumpul permata2 hatiku.Aku hanya berserah jika ada rezeki alhamdulillah aku bersyukur, klu tak aku terima seadanya..sume ni kuasa tuhan..
Hmmm senang sikit hati bila ada blog ni boleh meluahkan perasaan sikit..sekurang2nyer lega sikit hatiku,hehe oklah aku pun malas nak merapu banyak2 ti senang2 aku write lagi aper2 citer yg menarik yer..semoga semua bahagia selalu
Amin......


If You're Asking
Grab a Funny Picture from pYzam.com


Selasa, 9 Jun 2009

2 budak comeiiii

Isnin, 8 Jun 2009

heppy day

hai sumer,ni gambar masa kat umah mak ngah aku,sepupu aku kahwin aritu..06 jun 2009.best dapat kumpul semua ngan adik beradik aku,lame tak jumpe ngan diorang dapat gak jumper ngan sepupu2 aku yg dah lame tak bersua..semua dah berubah cepat betul masa berlalukan...aper yang penting bagi aku ialah ikatan silaturrahim yg erat adik beradik dan kaum keluarga aku.Semoga adik2aku tersayang ni berjaya dalam hidup mereka.Amin.....

Jumaat, 29 Mei 2009

penin

Hai,hari ni aku rasa macam nak demam jer,mgkin penat sangat kot..hari ni juga last aku jumpa kak zu,sebab esok pagi dia dah berangkat pindah ke Selangor,hmmm boringlah aku kat sini hilang satu-satunya kawan yang paling rapat ngan aku..Dia ikut suami dia yg kena tukar kat selangor..tak dapatlah aku tgk baby baru dia nanti..zura pun belum balik sini lagi lama lagi sampai dia abis pantang...nasib baik ada kak ita kt sebelah rumah aku ni klu tak tentu aku mati kutu kat sini.hehe takpelah besok pun aku balik kota.Aku nak melepak kat umah mak lame2 lagipun dah lama tak balik..rindu giler kat mak.Ayah dah amik keta baru so bolehlah aku ajak ayah g jalan2 makan angin..Sesekali apa salahnyer...Hm penatlah anak2aku dah tido lega sikit klu tak penin kepala aku yelah asyik gaduh jer tp itulah yg buat riuh rumah, aku senang lagipun cuma penat jelah nak melayannyer...
oklah nanti ada masa aku sambung lagi yer...babay

kesayanganku....

Rabu, 27 Mei 2009

permata hatiku

inilah dia dua permata hatiku yang kukasihi dan kusayangi sepenuh hati...tiada apa yang dapat menggantikan mereka dihatiku..bersyukur kehadrat ILLahi kerana telah mengurniakan anak2 yang comel ini sebagai penyeri kebahagiaan dalam rumahtanggaku..along dan adik sentiasa di hati mama dan ayah selamanya...

faris sekarang


budak manja sorang ni pun dah besar..tahun ni nk masuk 3 tahun dah.Si pekan ni nakal sikit suka nyakat along dia.tp walau camanapun adik tetap sayang kak long.mama pun sayang adik...

faris 2 tahun

faris setahun hehe

muhammad faris hamzi

23092006 aku melahirkan seorang bayi lelaki yg seberat 3.82 kg di HSTAJB pada hari sabtu pukul 11.30 malam .aku bersyukur kerana dianugerahkan anak lelaki menjadi pelengkap dalam hidup kami.aku dah dapat sepasang anak yang comel dan aku terlalu bahagia dan tak ternilai rasanya apabila kita mempunyai anak..yang membawa kebahagiaan dalam hidup.

Amiera sekarang

Ha nilah amiera sekarang...camana comel tak..hahaha sekarang dah nak masuk 4 tahun.dah nak sekolah pun tahun depan sekejap jer masa berlalu.Hmm semoga jd anak yg pandai yer along..

Amiera 3 tahun

Amiera 2 tahun

Amiera setahun



faiza amiera


08092005 hari yang paling bermakna buatku kerana telah melahirkan puteri sulungku yang diberi nama faiza amiera.AMiera lahir di HTSI kulai pada hari rabu pukul 1045 pagi,seberat 2.8 kg.wajah comel ini tlh menjadi penyeri dlm hidupku dan suami..juga menjadi kesayangan ramai krana merupakan cucu yg sulung dlm kuarga sblah aku..


05062004 hari yang penuh bersejarah dan kenangan yang tak mungkin kulupakan,saat ini aku sah bergelar isteri kepada mohd azli daud.semoga mahligai yang kami bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami..dan aku berdoa agar rumahtanggaku bahagia selamanya...amin